WD SMART System
WD SMART System
Smart software · SaaS · sistem khas
Produk Kenapa kami Industri Harga Hubungi Demo percuma
Dibina dari operasi sebenar, bukan template generic

Perisian pintar all-in-one, khas untuk industri anda.

WD SMART System membangunkan aplikasi cloud untuk bengkel kenderaan, F&B, dan pentadbiran — dengan paparan yang sudah digunakan di lapangan: job card, POS, dapur, GIS, laporan dan WhatsApp.

  • SMARTWS — pengurusan bengkel: job card, margin live, WhatsApp approval
  • SMARTF&B — POS, dapur KDS, QR meja, kewangan & P&L
  • Sistem khas (contoh PDTSPU) — lesen, semakan, laporan & peta GIS

Tiada instalasi rumit. Mula dalam cloud, pantau dari phone atau komputer.

Kenapa WD SMART System

Jimat masa · Jimat tenaga · Data yang jelas

Sama seperti perisian bengkel terkemuka di Malaysia — tapi dibina ikut flow sebenar industri, bukan salinan modul generic.

Siap guna dalam cloud

Tiada pasang server di premis. Log masuk dari kaunter, tablet mekanik, atau phone owner.

Khusus industri anda

Bengkel, F&B, atau agensi — setiap sistem ikut SOP lapangan, bukan ERP yang terlalu berat.

WhatsApp & QR siap terbina

Approval sebut harga, follow-up, dan pesanan meja QR — terus ke handphone pelanggan.

Untung & stok nampak live

Dashboard jualan, COGS, margin, P&L dan laporan A4 — owner nampak nombor tanpa tunggu accountant.

Multi-user, satu sumber data

Kaunter, mekanik, cashier, dapur dan owner kongsi rekod yang sama. Backup automatik di cloud.

Boleh customize

SOP bengkel sendiri, modul HR, atau sistem agensi — kami bina ikut keperluan, bukan paksa anda menyesuaikan.

Produk kami

Paparan sebenar sistem — bukan mockup kosong

Klik tab untuk lihat skrin SMARTWS, SMARTF&B dan PDTSPU yang sudah berjalan.

Job card online SMARTWS — Acceptance Form V2
Bengkel kenderaan

SMARTWS

Sistem pengurusan bengkel cloud: dari pelanggan walk-in sampai reminder servis — termasuk job card digital, costing dengan live margin, dan approval WhatsApp.

  • Job card online + pre-inspection kenderaan
  • WhatsApp approval sebut harga / perubahan kerja
  • Live margin, P&L, analitik jualan & brand
  • Appointment, follow-up & service reminder
  • Inventori, barcode, hutang pelanggan & pembekal
Landing SMARTF&B POS System — Murah Mudah Melengkapi
Restoran & kafe

SMARTF&B

Pengurusan F&B: menu & harga, POS sentuh, skrin dapur (KDS), cashier, pesanan QR di meja, dan laporan kewangan / P&L.

  • POS fullscreen + dapur KDS tanpa harga
  • Pesanan QR Code di meja (promosi setup meja)
  • Cashier — cash mula / akhir
  • Kewangan, P&L & laporan A4
  • Aktivasi real-time selepas bayaran promosi
Log masuk PDTSPU — Sistem Pengurusan Lesen Pendudukan Sementara
Sistem khas · pentadbiran

PDTSPU

Contoh sistem yang kami bina untuk pejabat daerah: pengurusan lesen pendudukan sementara — dari daftar hingga peta GIS.

  • Daftar, aktif & arkib rekod lesen
  • Semakan & notis rasmi
  • Laporan / eksport (jadual, tempoh, luput, duplikasi)
  • GIS — marker lokasi dari lat/long rekod
  • Peranan admin / pengguna + tetapan rujukan
Industri

Satu jenama, tiga jenis operasi

Pilih sistem ikut perniagaan anda — atau minta kami bina yang baru.

SMARTWS untuk bengkel

Bengkel & automotive

Job card, costing, inventori parts, mekanik, reminder servis. Sesuai bengkel kecil hingga multi-user.

SMARTF&B untuk restoran

F&B · restoran · kafe

Menu, POS, dapur, QR meja dan tutup bil. Owner nampak jualan & P&L tanpa spreadsheet.

Sistem khas pentadbiran

Agensi & PKS khas

Lesen, rekod, laporan dan peta. Kami reka SOP digital mengikut jabatan atau perniagaan anda.

Harga kompetitif

Mula tanpa langganan mahal setiap bulan

Hubungi kami untuk harga promosi semasa. Pakej di bawah adalah rujukan semasa.

SMARTWS Light

Bengkel · 1 pengguna · boleh upgrade
RM1,399 sekali caj
  • Job card, payment & rekod kenderaan
  • Latihan & yuran tahun pertama termasuk
  • Renewal seterusnya RM200/tahun
Lihat pakej bengkel
Popular

SMARTWS Full

Bengkel · multi-user unlimited
RM4,099 sekali caj
  • Semua modul + analitik penuh
  • WhatsApp, inventori, margin live
  • Renewal RM200/tahun (sama Light & Full)
Saya nak Full

SMARTF&B

Restoran / kafe · aktivasi real-time
RM365 promosi semasa
  • POS, dapur, menu & laporan
  • Opsyen QR meja semasa aktivasi
  • 3 bulan lesen percuma (ikut promosi)
Lihat pakej SMARTF&B

Jom mula dengan WD SMART System hari ini.

Demo percuma. Kami tunjuk paparan sebenar SMARTWS, SMARTF&B atau sistem khas — dan cadangkan pakej yang sesuai operasi anda.

WD SMART System

No. 68, Jalan Desa Manjung 2,
Jalan Desa, 32200 Lumut, Perak

wakdigitaldesign@gmail.com
MY +60 19-906 6800